Kelab Cegah Jenayah SMK Victoria Aktif Semula

November 27, 2006 at 7:24 pm | Posted in Pengumuman Penting | Leave a comment

“Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) yang diwujudkan di sekolah mampu membantu pentadbir membendung kegiatan salah laku pelajar seperti ponteng, menghisap rokok, penyalahgunaan dadah, peras ugut serta gangsterisme.

Menyedari hal itu, usaha Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria Kuala Lumpur mengaktifkan kembali KPJ yang ditubuhkan tujuh tahun dengan perancangan dan pelbagai aktiviti menarik amat dialu-alukan.

Pengetua SMK Victoria, Encik Muhamad Khailani Abdul Jalil, berkata usaha mengaktifkan kembali KPJ perlu bagi meningkatkan pemahaman pelajar mengenai penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan suasana harmoni di sekolah.

Katanya, keberkesanan kelab itu bergantung kepada usaha dan komitmen tinggi warga sekolah khususnya guru, manakala pelajar yang menganggotainya sebagai pemangkin usaha membangkitkan kesedaran pencegahan jenayah.

“Ahli kelab perlu memahami matlamat penubuhan kelab yang bertujuan memupuk rasa patuh kepada undang-undang dan melahirkan kesedaran serta tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.

“Saya percaya dengan adanya kefahaman terhadap fungsi kelab, kita mampu mewujudkan suasana sekolah selamat kepada semua pihak,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian dan Pameran KPJ sekolah itu, baru-baru ini.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Raman Suliman. Hadir sama, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar.

Selain itu, beliau turut melahirkan ucapan terima kasih kepada Pertubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia yang bekerjasama menyumbang dana bagi mengaktifkan KPJ sekolah itu.

Ditubuhkan pada 1999, KPJ SMK Victoria kini memiliki seramai 427 ahli yang dianggotai pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam Atas.

Sementara itu, Pengerusinya, Zuriaty Mohd Rawi, sebagai peneraju kelab, dia diberi sedikit kuasa untuk melaporkan kepada pengawas atau guru sekiranya ada pelajar yang melakukan jenayah.

Katanya, walaupun ada sedikit gementar setiap kali melaporkan kesalahan pelajar berikutan takut kemungkinan diugut, dia tetap melakukan demi kebaikan semua.

“Selama ini kita hanya mendengar mengenal sesuatu kes jenayah di media massa sahaja, tetapi tidak tahu langkah yang perlu diambil bagi membanterasnya.

“Namun, dengan menyertai kelab ini, ia menjadi saluran berkesan bagi pelajar mendapat maklumat berguna mengenai usaha membanteras jenayah di sekolah.

“Secara tidak langsung, ahli diberi tanggungjawab untuk bersama-sama menjaga keamanan pelajar dan secara tidak langsung akan mengurangkan masalah disiplin,” katanya.

Bagi Mohd Syafiq Shukri, jaminan keselamatan yang diberikan kelab itu memberikan keberanian untuknya melaporkan sebarang kejadian samseng.

Bagaimanapun, katanya, ahli tidak dibenarkan mengambil tindakan sendiri jika melihat kegiatan salah yang dilakukan pelajar, sebaliknya hanya perlu membuat laporan kepada pengawas atau guru.

Mohd Khairul Anuar Mohd Salleh pula berkata, dia memang berminat dengan cara pengendalian kelab yang memberi pendedahan mengenai kes jenayah.

Katanya, dengan menyertai kelab itu, dia dapat mendekatkan diri dengan pihak berkuasa seperti polis sekali gus seolah-olah berperanan membendung jenayah daripada berlaku di sekolah.

“Walaupun pada awal penyertaan hanyalah sekadar memenuhi kegiatan kokurikulum, namun kini saya semakin berminat dengan kelab ini yang menganjurkan pelbagai program bermanfaat kepada ahli,” katanya.

Berita dari Khairina yassin

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: