Pendidikan wajib

November 27, 2006 at 12:05 am | Posted in Pengumuman Penting | 2 Comments

Pendidikan Wajib

Pelaksanaan
Pendidikan wajib di peringkat rendah adalah satu undang-undang yang menghendaki setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun pada hari pertama tahun persekolahan semasa, mendaftarkannya di sekolah rendah dan terus menjadi murid di sekolah rendah di sepanjang tempoh pendidikan rendah.

Tempoh Pelaksanaan
Tempoh pendidikan wajib adalah selama tempoh pendidikan rendah, iaitu selama enam tahun.

Tahun Pelaksanaan
Pendidikan wajib akan dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003 yang meliputi murid Tahun 1. Bermula tahun 2004 Pendidikan Wajib akan meliputi murid di Tahun 2 semua sekolah di seluruh Malaysia

Kanak-Kanak Yang Terlibat
Kanak-kanak yang terlibat adalah mereka yang dilahirkan antara 2 Januari 1996 hingga 1 Januari 1997 bagi tahun 2003 dan murid yang dilahirkan pada 2 Januari 1997 hingga 1 Januari 1998 bagi tahun 2004.

Proses Pendaftaran
Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Bahagian, Pejabat Pelajaran Daerah serta sekolah membuat pengumuman tentang pendaftaran anak-anak ke sekolah rendah dengan cara berikut:

A. Permohonan Penempatan
Ibu bapa adalah diminta membuat permohonan penempatan bagi anaknya untuk belajar di Tahun 1 di sekolah rendah yang berhampiran dengan tempat tinggalnya. Permohonan penempatan ini boleh dibuat di sepanjang bulan Mac.

B. Pengesahan Penempatan Ke Tahun 1
Ibu bapa dinasihatkan membuat pengesahan penempatan ke Tahun 1 di sekolah rendah di mana anaknya akan ditempatkan apabila menerima maklumat berkenaan yang akan disampaikan oleh sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Pejabat Pelajaran Bahagian atau Jabatan Pelajaran Negeri di sepanjang bulan Ogos.

Penempatan seseorang kanak-kanak ke sesebuah sekolah tidak semestinya sama dengan yang dipohon semasa membuat permohonan penempatan. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan permohonan ke sesebuah sekolah yang dipohon boleh ditolak.

C. Pengesahan Penempatan Ke Tahun 1
Ibu bapa boleh membuat rayuan mengenai penempatan sekolah anaknya kepada sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Pejabat Pelajaran Bahagian atau Jabatan Pelajaran Negeri. Sebarang keputusan yang telah dibuat hasil daripada rayuan adalah muktamad.

Ibu bapa yang telah berpindah ke tempat tinggal yang baru hendaklah memberitahu sekolah tentang alamat barunya dan memohon supaya anaknya ditempatkan di sekolah baru mengikut alamatnya yang terkini.

D. Pendaftaran Hari Pertama Persekolahan
Ibu bapa hendaklah membawa anaknya untuk berdaftar pada hari pertama persekolahan dengan membayar yuran-yuran yang dikenakan oleh sekolah berdasarkan kepada amaun yang telah ditetapkan dan diluluskan oleh Kementerian Pelajaran.

E. Pertukaran Sekolah Sebelum Pendaftaran Hari Persekolahan
Ibu bapa yang telah membuat pendaftaran awal dan/atau telah mengesahkan penerimaan penempatan ke sekolah rendah tetapi berpindah ke tempat baru sama ada dalam daerah yang sama atau di negeri lain hendaklah memaklumkan kepada sekolah lama terlebih dahulu sebelum memohon untuk membuat pendaftaran baru ke sekolah di tempat tinggalnya yang baru.

Penalti
Dasar Pendidikan Wajib bertujuan untuk memberi pendidikan kepada ibu bapa dan masyarakat dalam memastikan pendidikan sekolah rendah diberikan kepada anak-anak. Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib adalah merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang. Jika disabitkan dengan kesalahan ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

About these ads

2 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. You could certainly see your skills within the work you write. The world hopes for more passionate writers like you who arent afraid to say how they believe. Always follow your heart. eeeddgcbeaek

  2. Every weekend i used to visit this site, for the reason that i wish for enjoyment, as this
    this web page conations actually nice funny stuff too.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com. | The Pool Theme.
Entries and comments feeds.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: