Novel – Musim ceria
November 27, 2006 at 7:31 pm | In Pengumuman Penting | Leave a CommentKisah Victoria
Bilik pengawas tengah ha-ri itu tenang. Mesyuarat pengawas yang diadakan seminggu sekali akan berlangsung tidak lama lagi. Semua pengawas sudah bersedia dengan laporan tugas mereka. Hanya Cikgu Zainal sahaja yang belum tiba.
Mohd Haikal, ketua pengawas sekolah sedang meneliti laporan anak-anak buahnya. Dialah yang akan membentangkan laporan itu nanti kepada guru disiplin.
“Apa yang kamu tulis ini, Victoria?!” tiba-tiba Mohd Haikal bersuara.
Victoria diam. Wajahnya berubah menjadi kemerah-merahan. Matanya memandang rakan-rakan lain.
“Apa ni? Kenapa pula perkataan benci ini diulang-ulang?” tambah Mohd Haikal. Suasana menjadi riuh seketika. Suara pengawas lain mula terdengar. Mereka tertarik dengan kata-kata ketua mereka.
Continue reading Novel – Musim ceria…
Cerpen – Hani
November 27, 2006 at 7:25 pm | In Pengumuman Penting | Leave a Comment“Mama, cepat datang!” Suara Hani cemas.
“Kenapa ni?” tanya Kartika bimbang di hujung talian.
“Datang sekarang. Cepat, mama!” gesa Hani. Panggilan diputuskan. Panggilan Kartika seterusnya tak berjawab. SMS Kartika juga tak berbalas.
Setengah jam kemudian, bunyi kereta masuk ke halaman. Hani berlari memeluk Kartika. Kartika tahu pasti ada sesuatu berlaku. Hani tak suka menyusahkan orang. Malah gadis kecil itu menolak untuk dicarikan pembantu rumah sepenuh masa. Cukup pembantu yang datang dua kali seminggu. Mungkin kerana itulah Hani akrab dengan papanya.
“Papa jatuh tiba-tiba. Dia di bilik.” Hani dan Kartika berjalan laju ke bilik utama.
“Kenapa ni?” tanya Kartika cemas melihat Sofian berbaring di katil. Mukanya pucat, bibirnya kebiruan. Sebuah mangkuk dan sehelai tuala basah terletak di meja sisi.
“Papa pitam masa kami bergurau tadi,” kata Hani yang duduk di sisi papanya. Tuala basah dicapai. Wajah Sofian dilap dengan penuh kasih sayang.
Kelab Cegah Jenayah SMK Victoria Aktif Semula
November 27, 2006 at 7:24 pm | In Pengumuman Penting | Leave a Comment“Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) yang diwujudkan di sekolah mampu membantu pentadbir membendung kegiatan salah laku pelajar seperti ponteng, menghisap rokok, penyalahgunaan dadah, peras ugut serta gangsterisme.
Menyedari hal itu, usaha Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria Kuala Lumpur mengaktifkan kembali KPJ yang ditubuhkan tujuh tahun dengan perancangan dan pelbagai aktiviti menarik amat dialu-alukan.
Continue reading Kelab Cegah Jenayah SMK Victoria Aktif Semula…
Bahasa Inggeris – Paper 1&2
November 27, 2006 at 7:21 pm | In Bahasa Inggeris (PMR) Paper 1&2 | 1 CommentPaper 1 – Practice on closest in meaning
Paper 2 – Novel Personal Response
Note: Ujian dalam bentuk .PDF , sila download ADOBE acrobat reader untuk mengelak sebarang masalah
Kemahiran Hidup – Reka Bentuk , Teknologi
November 27, 2006 at 7:19 pm | In Kemahiran Hidup - Reka Bentuk | 2 CommentsNote: Ujian dalam bentuk .PDF , sila download ADOBE acrobat reader untuk mengelak sebarang masalah
Pendidikan Islam – Adab menjaga Harta Sekolah
November 27, 2006 at 7:17 pm | In Pendidikan Islan (PMR) | 1 CommentNote: Ujian dalam bentuk .PDF , sila download ADOBE acrobat reader untuk mengelak sebarang masalah
Sejarah – Latihan ulangkaji
November 27, 2006 at 7:16 pm | In Sejarah (PMR) Laihan Ulang kaji | 8 CommentsKlik linknya disini
Note: Ujian dalam bentuk .PDF , sila download ADOBE acrobat reader untuk mengelak sebarang masalah
Geografi – Pembangunan Negara
November 27, 2006 at 7:15 pm | In Ujian Geografi (PMR) | 1 CommentKlik linknya disini
Note: Ujian dalam bentuk .PDF , sila download ADOBE acrobat reader untuk mengelak sebarang masalah
Bahasa Malaysia – Ujian Percubaan
November 27, 2006 at 7:13 pm | In Penilaian Menengah Rendah (PMR), Ujian Bahasa Malaysia (PMR) | 5 CommentsKlik sini untuk ke linknya
Note: Ujian dalam bentuk .PDF , sila download ADOBE acrobat reader untuk mengelak sebarang masalah
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.


